Wanita Susut Berat Badan Hingga 35kg Selepas Berhenti Kerja

Seorang wanita Indonesia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 35 kilogram selepas mengundur langkah dari pekerjaan hariannya.

wanita susut berat badan hingga 35kg kerana tidak bekerja

Kisah itu pada asalnya dimuat naik oleh Rahil Hutahaen menerusi akaun TikTok @sidagubeli yang mana dia berkongsi video yang menunjukkan berat badannya menurun secara drastik.

“Diet akibat pengangguran... Lebih setahun menganggur, turun 35kg,” coretnya pada video TikTok itu.

Rahil yang berusia 27 tahun berkata, ketika masih bekerja, dia berasa sesak nafas sehingga menyebabkan dia terpaksa bergegas ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan.

“Suatu ketika, tiba-tiba saya rasa sesak nafas, saya tidak tahu kenapa. Apabila saya dibawa ke klinik, ternyata saya mengalami asid perut. Dan doktor mengatakan saya terlalu gemuk dengan ketinggian 158 cm dan berat 91 cm pada masa itu,” kata Rahil.

Justeru, Rahil memutuskan untuk meletakkan jawatan pada awal 2020 berikutan masalah kesihatan.

Ketika menganggur dan menunggu untuk mencari pekerjaan baru, Rahil membantu ibu bapanya yang memilik kedai di rumah.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui selepas menganggur, dia mempunyai banyak masa terluang dan mula mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.

“Saya memulakan diet pada awal tahun 2020 tetapi ketika itu masih ‘yoyo’ atau suka-suka. Kemudian saya mula fokus melakukan senaman ringan seperti menyertai gimnastik wanita di sekitar rumah. Saya juga berjoging dengan sukan dari YouTube,” kata Rachel.

Bermula Julai dan Ogos 2020, Rahil mula menjadi serius untuk mengetahui corak pemakanan untuk menurunkan berat badan.

“Kemudian saya dapati intipati diet penuruan berat badan itu sendiri adalah defisit kalori (kurang kalori masuk dan lebih banyak kalori keluar),” katanya.

Rahil kemudian mengurangkan pengambilan kalorinya sebanyak kira-kira 500 kalori daripada kalori yang biasa diambilnya selain sentiasa mengambil berat tentang kandungan nutrisi makanannya.

“Baiklah, kalau tanya saya apa yang saya makan dari pagi sampai malam, saya cuma makan macam orang lain. Cuma lebih perhatikan kandungan nutrisi serat setengah pinggan, seperempat protein, seperempat karbohidrat,” jawabnya.

Bagaimanapun, wanita yang menetap di Jakarta itu mendedahkan dia melalui pelbagai kesukaran untuk menurunkan berat badan.

Adakalanya, dia mengaku berasa bosan mengira jumlah kalori makanan yang diambilnya.

“Kadang-kadang saya penat juga mengira kalori makanan. Ya, saya telah menggunakan konsep ‘isi pinggan’, cuma yang saya kira ialah saiz karbohidrat, tidak terlalu banyak,” katanya.

Rahil mula berdiet pada awal Ogos 2020 sehingga Oktober 2021.

Dalam tempoh itu, dia telah berjaya menurunkan berat badan hingga 35kg.

 

Sumber: [1]