Sebelum menggunakan sesuatu, ada baiknya kita memeriksanya terlebih dahulu.
Janganlah kerana tidak berhati-hati, nyawa anda bertukar menjadi pertaruhan, seperti mana kisah yang dialami gadis ini.
Memetik laporan India Times, seorang gadis berusia 18 tahun dari India dilaporkan meninggal dunia selepas menggunakan ubat gigi yang salah.
Gadis itu sebaliknya menggosok giginya dengan menggunakan krim racun tikus.
Malang tidak berbau, gadis yang dikenali sebagai Apsana Khan, pada awalnya bangun pada jam 10 pagi pada 3 September dalam keadaan mengantuk – dia kemudiannya menuju ke bilik mandi untuk menggosok gigi.
Tanpa disedari, Apsana sebenarnya mengambil krim racun tikus dan menggunakan sebagai ubat gigi yang kebetulan diletak berhampiran ubat gigi.
Setelah menggunakan krim racun tikus itu untuk memberus giginya, gadis itu kemudian dikatakan berasa ada yang tidak kena kerana rasa dan baunya yang berbeza.
Menyedari yang dia tersilap menggunakan ubat gigi, Apsana kemudian segera memuntahkan krim tersebut dan membilas mulutnya.
Namun, keadaannya selepas itu difahamkan bertambah buruk yang mana dia mula berasa pening tetapi enggan memberitahu ibu bapanya kerana takut dimarahi.
Merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan anak perempuannya, ibu Apsana memujuk agar dia memberitahunya apa yang berlaku sebenarnya.
Apsana akhirnya mendedahkan bahawa dia menggunakan ubat gigi yang salah dan sebaliknya menggunakan krim racun tikus.
Mendengar perkara tersebut, keluarganya segara membawa Apsana ke hospital
Tetapi sayangnya, biarpun telah berpindah ke tiga hospital, keadaan Apsana tidak bertambah baik.
Kira-kira sembilan hari kemudian, Apsana meninggal dunia.
“Doktor dalam laporan tersebut menyebutkan bahawa dia meninggal dunia akibat keracunan. Kami telah mengumpulkan sampel dan mengirimkannya kepada forensik,” kata seorang inspektor polis, Avdhoot Ingole.
Sumber: [1]