Wanita Malaysia Ini Berjaya Tarik Perhatian Vokalis Linkin Park Mike Shinoda, Teruja Buat Karya Seni

Siapa nak sangka, wanita kelahiran Malaysia yang juga merupakan peminat setia Linkin Park, iaitu Munira Hamzah berjaya menarik perhatian vokalis utama kumpulan tersebut, Mike Shinoda.

wanita malaysia ini berjaya tarik perhatian vokalis linkin park mike shinoda, teruja buat karya seni

Telah bergelar peminat kumpulan tersebut sejak usia remaja, wanita berusia 32 tahun ini ternyata terkejut apabila dia berjaya menangkap perhatian Shinoda.

Selepas kematian tragis vokalis utama Chester Bennington pada 2017, Munira akui sukar untuk mendengarkan muzik kumpulan itu lagi akibat terkesan teruk rentetan kehilangan menyedihkan itu.

Tetapi semuanya berubah apabila dia pergi ke konsert kumpulan itu di Taiwan dan sekali lagi, menemui minat mendalam terhadap kumpulan tersebut.

Munira kemudian berhubung dengan lebih ramai peminat yang digelar Stans, dan dengan cara itulah dia mula mencipta GIF seni pikselnya sendiri dengan menggunakan nama samaran Mumu The Stan.

Sementara itu, Shinoda pula akan membuat lukisan pada platform penstriman secara langsung, Twitch dan menyiarkannya di Instagram dan para peminat akan mewarnakannya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mumu (@mumu_thestan)

 

Suatu hari, Shinoda terjumpa salah satu karya seninya yang mana penyanyi tersebut memuji bakat seni Munira.

Shinoda kemudian mencadangkan Munira agar menjual dalam bentuk non-fungible tokens (NFT).

Munira kemudian memulakan akaun NFT sekitar tahun ini selepas menerima galakan daripada Shinoda yang memberitahunya bahawa ia adalah platform yang baik untuk menjual karya seninya.

Ahli kumpulan Linkin Park yang kagum terhadap hasil karya seni Munira itu bahkan turut membeli salah satu karya seni miliknya yang diletakkan dalam pasaran NFT pada harga RM7,400.

Selain itu, Munira turt menjual lukisan digital dan karya lain pada harga serendah RM5.

 

Sumber: [1]