Wanita Di Pasar Malam Indonesia Ini Viral Sebab 'Glowing Skin'

Seorang wanita yang merupakan peniaga ikan dan makanan laut di sebuah pasar malam di Jakarta Timur, Indonesia menjadi tular selepas mencuri perhatian ramai pelanggan yang terpaku melihat wajahnya yang ‘glowing’.

wanita di pasar malam indonesia ini viral kerana kulit 'glowing'

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @/nadiarsyilla, gadis itu merekodkan kelibat seorang peniaga wanita jelita yang menjual ikan dan makanan laut yang mana video tersebut telah ditonton lebih dari 1.6 juta kali.

Coretnya, dia begitu sekali ingin tahu ‘rahsia’ di sebalik penjagaan kulit yang diamalkan penjual jelita itu.

Turut sama meninggalkan komen serupa ialah para pengguna lain yang ingin mengetahui ‘rahsia’ tersebut.

Media tempatan kemudian menghubungi gadis bernama Nadia Arsyilla yang memuat naik video di TikTok itu.

“Yang menjual di sana kebiasaannya wanita Pulau Madura. Mereka biasanya akan mula pada jam 8. Dari komen di video saya, ramai mengatakan bahawa teknik pemasaran mereka seperti itu. Peniaganya yang terdiri daripada wanita cantik akan menarik ramai pengunjung untuk membeli,” katanya.

“Sudah lama saya menyedari bahawa mereka yang menjual ikan di Kramat Jati mempunyai wajah yang sangat halus. Sempat juga membuat video TikTok mengenainya tetapi saya tidak pernah memuat naiknya, baru sekarang memuat naik dan tiba-tiba punya banyak komen,” kongsinya sambil berjenaka.

 

Sumber: [1]