Wanita Berusia 104 Tahun Berjaya Melawan COVID-19 Dan Kembali Pulih

wanita berusia 104 tahun berjaya melawan covid-19 dan kembali pulih

Pandemik COVID-19 telah meragut banyak nyawa di dunia. Antara golongan yang berisiko tinggi adalah warga emas. Sebab itu lah, korang semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika mahu bertemu dengan warga emas terutama sekali yang mempunyai penyakit.

Bagaimanapun, seorang wanita di Sepanyol yang telah berusia 104 tahun telah menjadi antara pesakit tertua yang berjaya pulih daripada wabak COVID-19.

Menurut laporan, Elena telah dirawat selama 14 hari di Hospital Gregorio Maranon, Madrid. Beliau yang merupakan pesakit ke-4149 telah dibenarkan untuk keluar daripada hospital.

Berdasarkan doktor yang merawatnya, Elena juga berjaya pulih daripada penyakit influenza A pada tahun lepas

Sumber: Astro Awani