Seekor kucing yang dinamakan Jasper yang serba kekurangan kerana tidak mempunyai kedua-dua belah mata dan tidak berbulu telah menjadi perhatian ramai di media sosial.
Sehingga hari ini, instagramnya dengan nama @jazzy,purrs telah mempunyai lebih 80 ribu pengikut. Wow!
Menurut pemiliknya, Kelli, pada awalnya kucing tersebut sempurna. Namun, sekitar tahun November 2013, Jasper telah dijankiti corneal ulcer pada mata kanannnya. Perkara tersebut menyebabkan mata Jasper terpaksa dibuang.
Beberapa tahun selepas itu, mata kirinya pula berhadapan dengan masalah yang sama dan terpaksa dibuang. Tidak cukup dengan itu, pada April 2019 Jasper telah diserang penyakit stroke yang mana sangat susah untuk kembali sembuh.
Menurut Kelli, ketika kali pertama haiwan peliharaannya kehilangan kedua-dua belah mata, Jasper tetap aktif seperti biasa.
Whoaaaa! Mungkin ramai yang terinspirasi dengan Jasper yang mana tak pernah putus asa untuk hidup walaupun serba kekurangan.
Sumber: MIRROR