Wajah Seaakan-Akan Sohee Wonder Girls, Gadis Ini Bakal Debut Dalam Kumpulan K-Pop Termuda

Kebiasaannya, kita sering melihat gadis seawal usia remaja membuat debut di samping beberapa gadis lain yang berada baik dalam lewat belasan tahun mahupun awal 20-an seiring dalam kumpulan K-Pop yang sama.

wajah seaakan-akan sohee wonder girls, gadis ini bakal debut dalam kumpulan k-pop termuda

Namun lain pula konsep yang akan ditampilkan menerusi agensi HR Entertainment ini, yang mana kesemua ahlinya terdiri daripada sekumpulan gadis yang baru sahaja memasuki alam persekolahan menengah dengan usia yang rata-rata 13 tahun.

Menurut agensi yang menguruskan kumpulan terbabit, kumpulan yang diberi nama CooKie itu bakal muncul buat pertama kalinya menerusi album digital rasmi pertama mereka berjudul I Think I Like You, berserta muzik video pada 15 Mac ini.

CooKie bakal dianggotai lima orang ahli perempuan.

wajah seaakan-akan sohee wonder girls, gadis ini bakal debut dalam kumpulan k-pop termuda

Tambah wakil agensi itu lagi, memandangkan kesemua ahli kumpulan tersebut masih lagi muda dan berada di zaman persekolahan, akan terdapat beberapa batasan terhadap aktiviti promosi mereka.

Namun, kelima-lima mereka telah pun bersedia untuk membuat persembahan di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, salah seorang anggota kumpulan tersebut yang bernama Hannah menjadi tarikan apabila wajahnya dikatakan menyerupai bekas ahli kumpulan Wonder Girls, Sohee.

Berikutan itu, dia turut diberikan nama julukan sebagai ‘Little Sohee’.

 

Sumber: Allkpop