Wah, Rumah Lama Berbentuk Kasut Ditemui Di Dalam Hutan Di UK!

Sebuah rumah berbentuk kasut but telah ditemui di dalam hutan di United Kingdom sekali gus menepati tajuk sebuah puisi lama yang ditulis pada 1794.

wah, rumah lama berbentuk kasut ditemui di dalam hutan di uk!

Puisi tersebut dikenali sebagai ‘The Little Old Woman Who Lived in a Shoe’ dan ditulis oleh Mother Goose, menurut laman web American Literature.

Dalam puisi terbabit, dinyatakan bahawa terdapat seorang wanita tua yang tinggal di dalam kasut.

Lokasi sebenar penemuan itu tidak didedahkan bagi mengelakkan rumah tersebut dirosakkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, terdapat dakwaan bahawa seorang wanita pernah tinggal di dalam rumah berbentuk kasut but itu pada tahun 1950an.

Namun, terdapat juga dakwaan yang mengatakan ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah taman tema dan tidak ada penduduk yang menghuninya.

Rumah berbentuk kasut but itu bagaimanapun kelihatan usang dan kelihatan telah ditinggalkan lama.

 

Sumber: [1]