WHO Namakan Semula Varian COVID-19 Sebagai Alpha, Beta, Gamma & Delta

Bagi mengelakkan stigma dan memudahkan perbincangan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkeputusan memberikan varian COVID-19 nama baru.

who namakan semula varian covid-19 sebagai alpha, beta, gamma & delta

Menurut mereka, varian United Kingdom kini dikenal pasti sebagai varian Alpha dan varian Afrika Selatan sebagai Beta.

Sementara itu, varian Brazil kini dikenali sebagai Gamma manakala varian India pula sebagai Delta.

Biarpun menerima kritikan berikutan tindakan tersebut, namun WHO berpendapat bahawa langkah yang diambil mereka dalam menamakan semula kesemua varian itu menepis kerumitan nama saintifik yang diberi para saintis misalnya B.1.351, 501Y.V2 dan 20H/501Y.V2 selain terlalu panjang.

“Nama saintifik tersebut sukar disebut dan diingati dan cenderung untuk disalah lapor,” ujar WHO.

Ini adalah untuk menjejaki evolusi harian berdasarkan turutan varian mana yang muncul terlebih dahulu.

Jika hendak mengikut sejarah sendiri, virus sering dikaitkan dengan lokasi yang mana mereka pertama kali muncul misalnya Ebola yang pada mulanya tercetus di Sungai Congo.

Namun, perkara tersebut boleh menjejaskan tempat-tempat berkaitan selain tidak selalunya tepat seperti mana yang pernah disebut dalam wabak Spanish Flu pada 1918 biarpun asalnya tidak diketahui.

“Tiada ada negara yang harus terima stigma untuk mengesan dan melaporkan varian,” jelas ahli epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove.

 

Sumber: [1]