WHO Dalam Proses Kaji Dua Subvarian Baru Omicron

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengesan puluhan kes dua sub-varian baru Omicron COVID-19 yang dikatakan sangat mudah menular.

who dalam proses kaji dua subvarian baru omicron

Menurut WHO, ia kini sedang membuat penilaian sekiranya dua sub-varian baru Omicron yang dikenali sebagai BA.4 dan BA.5 itu lebih menular atau berbahaya.

Omicron telah menambah varian BA.4 dan BA.5 iaitu varian saudara bagi varian BA.1 yang merupakan varian asal, tambahnya.

Pemantauan tersebut dibuat selepas varian BA.1 dan BA.2 dilihat mendominasi peringkat global.

Jelas WHO, kajian terbabit dilakukan bertujuan untuk memahami kesan kedua-dua sub-varian terbabit terhadap potensi risiko untuk terlepas daripada imunisasi.

Virus bermutasi sepanjang masa tetapi hanya beberapa yang akan memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk merebak, mengelak imuniti terdahulu hasil vaksinasi atau jangkitan, atau keterukan penyakit.

BA.2 misalnya, kini mewakili hampir 94 peratus daripada keseluruhan kes yang dijujukan dan lebih mudah berjangkit berbanding adik-beradiknya.

Tetapi bukti yang dikumpul setakat ini menunjukkan bahawa ia tidak lebih berkemungkinan menyebabkan gejala yang teruk.

Sehubungan dengan itu, hanya beberapa puluh kes BA.4 dan BA.5 dilaporkan kepada pangkalan data GISAID global, kata WHO.

Difahamkan bahawa BA.4 ditemui di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Denmark, Botswana, Scotland dan England dari 10 Jan hingga 30 Mac.

Kesemua kes BA.5 itu bagaimanapun dilaporkan berada di Afrika Selatan setakat minggu lalu, dengan jumlah kes sebanyak empat kes, kata Kementerian Kesihatan Botswana pada Isnin.

Semua kes itu adalah dalam kalangan individu berumur 30 hingga 50 tahun yang telah divaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan.


Sumber: [1]