Seorang lelaki berstatus suami orang telah membuatkan netizen pecah perut dengan aksinya mengejut si isteri bangun dari tidur. Cara yang dilakukan oleh lelaki itu sangatlah rare dan menarik perhatian ramai.
Lelaki tersebut telah mengambil pa system dan menyambung dengan mikrofon. Selepas itu, dia mula menyanyikan sebuah lagu. Isterinya terus bangun dalam keadaan terpinga-pinga.
Bagaimanapun, netizen memuji suara lelaki itu. Ramai yang menyatakan suara si suami sedap dan harmoni. Bukan itu sahaja, netizen turut mendapat idea untuk melakukan perkara tersebut kepada pasangan mereka.
Sumber: Twitter @kartoonMGMT