Viral Wanita Terlupa Punya Simpanan Lebih RM176 Ribu Di Media Sosial

Kerana terlupa dirinya mempunyai wang simpanan di dalam bank hingga mencecah RM176,197, seorang wanita menjadi tular di media sosial.

viral wanita terlupa punya simpanan lebih rm176 ribu di media sosial

Baru-baru ini, sebuah video di akaun TikTok @addinnt menunjukkan seorang wanita yang mengaku dia terlupa mempunyai jumlah simpanan yang banyak di dalam bank.

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu dikunjungi pihak bank yang mana kunjungan mereka itu bukan untuk mengutip ansuran atau tunggakan tetapi untuk mengingatkan tentang baki simpanannya.

Selepas melakukan siasatan lanjut, ternyata wanita itu sebenarnya kehilangan kad ATM yang menyebabkannya tidak lagi boleh melakukan sebarang transaksi.

Wanita itu kemudian perlahan-lahan melupakan mengenai kad tersebut dan baki yang ada di dalam akaun simpanan miliknya.

“Kenapa saya lupa saya ada wang tunai 600 juta rupiah (RM176,197),” kata wanita itu ketika didekati beberapa pegawai bank.

 

Sumber: [1]