Viral Lelaki Goreng Dalam Minyak Mendidih Guna Tangan Sendiri

Selalunya kita menggunakan peralatan seperti sudip keluli atau sebagainya untuk menggoreng sesuatu.

viral lelaki goreng dalam minyak mendidih bukan guna tangan sendiri

Namun lain pula bagi seorang lelaki di India ini yang mana dia menjadi tumpuan ramai selepas tular kerana menggoreng makanan hanya dengan menggunakan tangannya dalam minyak yang mendidih.

Memetik laporan India Times, sebuah video tiba-tiba menjadi tular di alam maya selepas seorang blogger makanan dari Mumbai merakamkan lelaki bernama Kisan Pakode Wala itu di gerainya dan berkongsi di Instagram.

Dalam video tersebut, lelaki itu jelas kelihatan mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas yang sedih mendidih sambil menggoreng juadah yang dikenali sebagai pakoda.

Tangannya, bagaimanapun tidak melecur.

Lelaki itu malahan masih boleh tersenyum sambil menunjukkan tangannya kepada blogger tersebut dengan begitu santai.

 

Sumber: [1]