Video Tarian BLACKPINK "How You Like That" Pecah Rekod 700 Juta Tontonan!

Kumpulan gadis K-Pop masyhur, BLACKPINK sekali lagi mencipta rekod terbaru apabila video persembahan “How You Like That” menjadi video persembahan K-Pop pertama yang mencecah 700 juta tontonan di YouTube!

video tarian blackpink how you like that pecah rekod 700 juta tontonan!

Difahamkan rekod tersebut berjaya dipecahkan pada 24 Mei sekitar jam 7 pagi KST, dalam tempoh 323 hari sejak video muzik rasmi “How You Like That” dikeluarkan pada 6 Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, muzik video “How You Like That” turut mencapai kejayaan sama yang mana setakat ini ia telah ditonton lebih 800 juta kali di YouTube.

Tahniah untuk BLACKPINK!

 

Sumber: [1]