Video Ni Menunjukkan Betapa Mudahnya Virus Tersebar Di Suatu Tempat

video ni menunjukkan betapa mudahnya virus tersebar di suatu tempat

Sebuah video dari Jepun telah menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Video tersebut memaparkan bagaimana virus dan kuman boleh merebak dalam restoran hanya dengan seorang sahaja yang dijangkiti.

Eskperimen itu menggunakan sebuah restoran buffet di atas kapal cruise. Ia telah dijalankan oleh sebua organisasi penyiaran awam NHK.

Video tersebut menunjukkan 10 orang hadir ke restoran tersebut dan seorang telah dijangkiti dengan penyakit. Sejenis cecair fluorescent yang hanya boleh dilihat melalui lampu gelap disapu pada setiap tangan peserta bagi menggambarkan kuman dari batuk dan bersin. Kemudian, setiap peserta dilepaskan dan menikmati buffe mereka seperti biasa tanpa sebrang risau.

Dihujung video, para peserta ditunjukkan bagaimana kuman tersebut melekat dengan menggunakan cahaya hitam. Keputusan menunjukkan kuman berada dan merebak di merata tempat seperti makanan, cutlery, pinggan dan pada wajah peserta.

Uish, takut juga ya eksperimen ni. Tapi, ini lah reality yang kita perlu terima. Sebab tu lah kita semua digalakkan untuk sentiasa membasuh tangan dengan sabun. Tak pun, gunakan hand sanitizer.

Sumber: CNN Now This News