Video Di Sebalik Tadbir Frontliners KKM Lawan Covid-19, Salute!

Pengorbanan petugas barisan hadapan untuk lawan Covid-19 memang tidak dapat disangkal lagi.

Tak semua orang boleh pikul tanggungjawab untuk mengawal, merawat dan mencegah jangkitan virus yang tak boleh nampak dengan mata kasar pun.

video di sebalik tadbir frontliners kkm lawan covid-19, salute!

Bayangkan setiap hari bila bangun pagi, frontliners kita ni dah kena persiapkan diri untuk berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19 kat luar sana di saat semua orang diarahkan berkurung dalam rumah termasuklah keluarga mereka sendiri.

video di sebalik tadbir frontliners kkm lawan covid-19, salute!

video di sebalik tadbir frontliners kkm lawan covid-19, salute!

video di sebalik tadbir frontliners kkm lawan covid-19, salute!

Itu tak kira lagi pukul berapa frontliners kita ni habis kerja, sumpah salute!

Korang mesti teringin nak tahu keadaan sebenar frontliners kita bertugas menguruskan kes Covid-19 ni kan?

Jangan risau sebab sekarang ni kita boleh tengok di sebalik tadbir pasukan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Perkhidmatan Hospital dan barisan hadapan bertugas melawan Covid-19 melalui video yang dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan sendiri.

video di sebalik tadbir frontliners kkm lawan covid-19, salute!

Ketua Pengarah Kesihatan kita, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pun ada tweet pasal video ni.

video di sebalik tadbir frontliners kkm lawan covid-19, salute!

Lepas tengok video tu, korang akan sedar betapa besarnya jentera KKM di belakang Ketua 

Pengarah Kesihatan yang setiap hari muncul di kaca TV untuk umumkan perkembangan terkini pasal Covid-19 di Malaysia.

Terima kasih, frontliners!

Jom sama-sama tengok video ni dan share di media sosial sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan frontliners kita!

P/S : Tak lama lagi ada filem pasal frontliners yang akan disiarkan di Astro First Eksklusif tau. Pelakon pun gempak-gempak, ada Azhan Rani, Beto Kusyairi dan Wan Maimunah. Tak sabar nak tengok!

Oleh: Izzati Amir