Varian Lambda Disifatkan Sebagai Ancaman Terhadap Spesies Manusia, 55 Kali Lebih Berbahaya Berbanding Alpha

Selepas varian Delta dan Delta Plus, dunia kini dihadapkan dengan ancaman terbaru pula, iaitu varian Lambda novel virus korona.

varian lambda disifatkan ancaman terhadap spesies manusia, 55 kali lebih berbahaya berbanding alpha

Varian terbabit dilaporkan telah menular di negara serata dunia seperti Amerika Selatan, dan Jepun yang telah merekodkan kes pertamanya pada bulan lalu.

Berdasarkan penemuan oleh pasukan penyelidik di Jepun, varian terbabit dikatakan mudah berjangkit dan lebih kebal terhadap vaksin berbanding virus asal yang pertama kali dikesan di Wuhan, China.

Hasil daripada eksperimen yang dijalankan di dalam makmal itu, didapati bahawa tiga mutasi pada protein lonjakan Lambda, yang dikenali sebagai RSYLTPGD246-253N, 260 L452Q dan F490S, menyebabkan ia berupaya menentang peneutralan oleh antibodi yang disebabkan vaksin.

Selain itu, dua mutasi tambahan iaitu, T76I dan L452Q, menyebabkan Lambda sangat mudah berjangkit, menurut mereka.

Merujuk pada satu kertas kajian yang diterbitkan di laman bioRxiv baru-baru ini, para penyelidik memberi amaran bahawa, berikutan varian Lambda yang dilabelkan sebagai “variant of interest” (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dan bukannya “variant of concern” (VOC), orang ramai berkemungkinan tidak menyedari mengenai ancaman serius yang dibawa oleh varian terbabit.

“Data kami menunjukkan bahawa pemasukan mutasi RSYLTPGD246-253N berkait rapat dengan penyebaran jangkitan besar-besaran varian Lambda di Amerika Selatan,” tulis para penyelidik dalam kertas kajian terbabit.

Walaupun masih belum jelas apakah varian Lambda lebih berbahaya daripada varian Delta yang kini sedang mengancam populasi di banyak negara, penyelidik kanan Kei Sato dari University of Tokyo percaya bahawa Lambda berupaya menjadi ancaman bagi masyarakat manusia.

“Oleh kerana varian Lambda secara hubungnya kebal kepada antisera (serum darah (blood serum) yang mengandungi antibodi terhadap antigen tertentu) yang disebabkan oleh vaksin, kemungkinan varian ini berupaya untuk menyebabkan cetusan jangkitan.

"Selain itu, menjelaskan sifat evolusi varian SARS-CoV-2 yang mengancam dapat menjelaskan kemungkinan terjadinya epidemik secara lebih meluas, dan pendedahan mengenai ciri virologi mutasi masing-masing yang diperoleh dalam VOC (variant of concern) dan VOI (variant of interest) adalah penting bagi mempersiapkan risiko berkaitan varian-varian SARS-CoV-2 pada masa depan. "

Menurut satu lagi kertas kajian yang diterbitkan University of Chile secara dalam talian beberapa minggu lalu, Lambda dilaporkan lebih mudah menular berbanding Delta.

Sebagai tambahan, Lambda juga dikatakan 55% lebih mudah menular daripada Alpha, yang pada asalnya 50% lebih mudah menular berbanding virus yang mula-mula muncul di Wuhan, China dahulu.

 

Sumber: Reuters/Newshub