Varian Delta Punca Kebanyakan Pesakit COVID-19 Cenderung Dimasukkan Ke Hospital

Varian Delta terbukti lebih mudah menular berbanding dengan varian-varian COVID-19 lain sedia ada sebelumnya.

varian delta punca kebanyakan pesakit covid-19 cenderung dimasukkan ke hospital

Bagaimanapun, baru-baru ini, timbul satu persoalan sekiranya ia mampu menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding dengan versi varian sebelumnya yang menyebabkan COVID-19.

Memetik satu kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Infectious Diseases, ia berkemungkinan mampu menyebabkan sedemikian.

Berdasarkan kajian tersebut, para penduduk di England yang dijangkiti varian Delta dilaporkan lebih cenderung dimasukkan ke hospital berbanding dengan mereka yang dijangkiti varian Alpha.

Namun harus diingatkan bahawa kajian yang melibatkan lebih 43,000 pesakit COVID-19 itu terdiri daripada mereka yang majoritinya belum divaksin dan mereka yang masih belum selesai suntikan vaksin sepenuhnya.

Daripada angka keseluruhan itu, kira-kira satu daripada 50 difahamkan dimasukkan ke hospital dalam tempoh dua minggu pertama selepas mereka didapati positif.

Jangkitan yang melibatkan varian Delta nampaknya menggandakan kecenderungan untuk masuk ke hospital lagi-lagi selepas mempertimbangkan faktor usia dan risiko lain.

Selain itu, jangkitan melibatkan varian Delta juga meningkatkan peluang seseorang untuk mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan, walaupun pada mulanya mereka tidak dimasukkan ke hospital, menurut satu penelitian baru.

Kecenderungan terhadap seseorang yang dijangkiti varian Alpha untuk dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan bagaimanapun adalah sedikit daripada 4% berbanding dengan jumlah 6% yang dijangkiti varian Delta, dari tempoh dua minggu pertama mereka didapati positif.

Namun, turut diingatkan juga bahawa kajian ini tidaklah menyeluruhi segala aspek yang merangkumi analisis faktor usia, jantina, etnik, status sosioekonomi, sejarah perjalanan pesakit dan lain-lain.

 

Sumber: [1]