Vaksin Mampu Cegah COVID-19 Sebanyak 90%

Kajian mendapati bahawa penggunaan vaksin mampu meningkatkan keberkesanan pencegahan COVID-19 sebanyak 95% selepas dos kedua.

vaksin mampu cegah covid-19 sebanyak 90%

Perkara tersebut didedahkan sendiri Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang menjalankan uji kaji ke atas 4, 000 sukarelawan dari enam negeri yang terdiri daripada petugas sektor kesihatan dan barisan hadapan lain.

Juga, vaksin yang diuji kaji termasuklah Pfizer dan Moderna.

Menurut pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Dr Rochelle Walensky, “Kajian mendapati risiko jangkitan dikurangkan kepada 90% selepas individu menerima dua suntikan dos vaksin.

“Kajian juga mendapat mereka mendapat kesan perlindungan hanya selepas vaksin pertama.

“Kadar jangkitan menyusut 80% selepas dua minggu.

“Dapatan kajian ini juga konsisten dengan data dari ujian klinikal.”

Beberapa negara lain juga turut menjalankan kajian berkaitan dengan keberkesanan vaksin dalam mencegah COVID-19 dan antaranya termasuklah United Kingdom (UK).

 

Sumber: [1]