Cermin mata dianggap sebagai nyawa bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan. Kita mungkin tidak mengerti tentang betapa pentingnya cermin mata kepada mereka yang rabun. That’s why kalau cermin mata tercalar, ibarat hati pun tercalar. Jangan bersedih gais, baca lebih lanjut untuk ketahui tips macam mana nak hilangkan calar pada cermin mata.
Tips ini juga bukan saja jimat kos tetapi anda tak perlu bersusah payah ke kedai untuk baiki cermin mata anda yang calar.
Hanya tiga langkah mudah yang anda perlu lakukan. Sediakan kertas tisu dan sapukan sedikit ubat gigi. Kemudian gosokkan pada cermin yang calar dan bersihkan dengan tuala kering. Mudah je kan?
Anda bukan saja boleh lakukan cara ini pada cermin mata, tetapi juga pada jam tangan anda yang mahal tu. Jika anda nak bersihkan lampu hadapan kereta pun boleh pakai ubat gigi. Dikatakan, cara ini dapat menghilangkan kesan hitam pada seterika dengan hanya gosok selama 5 minit.
Banyak kegunaan dan faedah ubat gigi ni sebenarnya. Harap article ni dapat memberi manfaat kepada anda lagi lagi time PKPB ni, tak boleh keluar rumah. So why not korang try! Jimat masa, duit dan sangat mudah dilakukan. Selamat mencuba gais!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: maskulin