United Kingdom mencatatkan kes baru tertinggi sejak pandemik melanda negara itu dengan pertambahan 129,471 jangkitan pada Selasa lalu.
Statistik ini sekali gus memecah rekod kes tertinggi pada Jumaat lalu dengan 122,186 kes harian.
Sebelum itu, Perdana Menteri Boris Jonson memaklumkan kerajaan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baru bagi membendung jangkitan.
Menteri-menteri negara itu bagaimanapun menggesa orang ramai untuk menyambut tahun baru dengan penuh hati-hati dan memberi amaran peraturan baru akan diperketatkan jika sistem kesihatan semakin lumpuh.
Sementara itu, mereka juga kini dalam proses menunggu lebih banyak bukti tentang bagaimana perkhidmatan negara tersebut mampu menangani kadar jangkitan yang tinggi.
Ia berikutan data awal menunjukkan varian Omicron membawa risiko kemasukan ke hospital yang lebih rendah.
Sumber: [1]