UAE Umum Kerja Setengah Hari Sepanjang Ramadan

Pekerja di UAE bakal menikmati bulan Ramadan yang lebih indah kerana hanya perlu bekerja dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding bulan lain.

uae umum kerja setengah hari sepanjang ramadan

Menurut laporan, kerajaan UAE mengumumkan waktu bekerja semasa bulan Ramadan bagi agensi Persekutuan bermula dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang untuk hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat pula waktu bekerja adalah dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

 

Keputusan itu membolehkan pekerja-pekerja melakukan ibadah pada malam hari dengan lebih, disamping dapat menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga.

 

Selain itu, UAE turut mengumumkan masa bekerja fleksibel pada Jumaat serta 40 peratus golongan pekerja dibenarkan untuk bekerja dari rumah.

 

Peraturan bekerja dari rumah itu wajib dipersetujui majikan dan pekerja berdasarkan syarat tertentu. Namun, hanya beberapa jenis pekerjaan sahaja dibenarkan untuk dilakukan di rumah. Misalnya, mereka yang tinggal berjauhan dari tempat kerja atau berdepan kesukaran ke tempat kerja.

 

Bulan Ramadan dijangka disambut bermula 2 atau 3 April depan di seluruh dunia.

 

Sumber: [1]