Twitter Lancar Fleets, Tweet Akan Hilang Selepas 24 Jam

twitter lancar fleets, tweet akan hilang selepas 24 jam

Rasanya hampir semua platform ada ciri yang membenarkan hantaran mereka dipadam selepas 24 jam.

Terbaru, Twitter pun sudah melancarkan ciri ini dan dinamakan Fleet. Sebelum ini, fungsi tersebut telah diuji di beberapa negara seperti Brazil, Itali, India dan Korea Selatan.

Antara sebab mengapa Twitter melancarkan Fleets kerana memberi keselesaan kepada pengguna untuk meluahkan pendapat, fikiran dan pandangan mereka. Jadi, mesej tersebut akan terpadam selepas 24 jam dan mereka tidak akan merasa tidak selesa lagi. Perkara tersebut dinyatakan oleh Joshua Harris- design director dan Sam Haveson- product manager dalam blog Twitter.

Fleet membenarkan pengguna untuk menghantar atau tweet dalam bentuk tulisan, gambar dan video. Paparan Fleets akan berada pada bahagian atas berdekatan butang home.

Sumber: Astro Awani