Twitter dah menambah satu lagi ciri baharu kepada platformnya iaitu Tweet Voice. Kiranya, lepas ni kalau malas nak taip korang rakam suara dan boleh terus tweet.
Bagaimanapun, menurut Twitter, ciri tersebut hanya dilepaskan untuk pengguna iOS sahaja buat sementara ini. Jadi, pengguna Android sila bersabar ye. Sikit hari dapat lah tu.
Caranya mudah sahaja, korang tekan tweet seperti biasa kemudian nanti akan keluar satu butang untuk rekod suara. So, korang rakam audio dan tweet lah seperti biasa.
Whoaaa! Lagi mudah lah lepas ni.
Sumber: Twitter