Tulis Esei Guna Dakwat Invisible, Profesor Bagi Markah Tinggi

Seorang pelajar Jepun dari jurusan sejarah ninja dipuji selepas menyerahkan kertas tugasan kosong yang mana dia dikehendaki menulis esei tentang ninja.  

Ninja memang terkenal dengan operasi rahsia mereka, jadi apabila profesor sejarah ninja Eimi Haga di Universiti Mie meminta beliau menulis esai dengan cara yang paling kreatif mengenai lawatan ke Muzium Ninja Igaryu, dia memutuskan untuk melakukannya dengan cara yang mencerminkan style atau semangat seorang ninja.

Selepas diberitahu esei paling kreatif akan menerima ganjaran, jadi dia bersemangat untuk menghasilkan sesuatu yang menonjol.

tulis esei guna dakwat invisible, profesor bagi markah tinggi

Eimi Haga memutuskan untuk menggunakan kaedah aburisashi.

Profesornya dikatakan terkejut, ketika Eimi menyerahkan kertas kosong kepadanya.

Aburidashi adalah teknik tradisional Jepun yang digunakan untuk menukar koresponden rahsia pada masa lalu. Eimi cuba mempelajari teknik tersebut. Dia mengambil masa sepanjang malam untuk menghasilkannya.

Kata Prof. Yuji Yamada, dia sejujurnya, ada sedikit ragu-ragu. Tetapi apabila dia memanaskan kertas tersebut di atas dapur gas di rumahnya, tulisan pada kertas itu mula kelihatan dengan jelas.

tulis esei guna dakwat invisible, profesor bagi markah tinggi

Yamada tidak pernah membaca keseluruhan esei, sebaliknya memilih untuk meninggalkan sebahagian kertas yang tidak panaskan untuk dikongsikan kepada media, kesan sebelum dan selepas kertas itu dibakar. Prof. Yamada memberikan markah tinggi kepada Eimi atas kreativitinya, seperti yang dijanjikannya.

Yang pasti, itulah yang diharapkan oleh gadis yang berusia 19 tahun itu, kerana dia sendiri mengakui bahawa tiada apa yang menarik pun dengan esei yang ditulisnya.

Sumber