Travel Naik ‘The Jungle Train’ Dari Kelantan To Johor

travel naik ‘the jungle train’ dari kelantan to johor

 

Korang pernah tak terlintas untuk travel dari selatan ke pantai timur, contohnya dari Johor ke Kelantan. Haa kalau korang tengah rancang percutian korang bersama keluarga dan kawan kawan why not kali ini, cuba jalan jalan merentas negeri dengan pilihan pengangkutan yang rare dan unik iaitu ‘The Jungle Train’ atau dikenali juga sebagai kereta api versi lama yang cukup dengan kelengkapan dan kemudahan.

Selepas PKP, orang ramai memilih untuk berjalan jalan pada hujung minggu. Memandangkan sekarang ni adalah musim orang ramai sedang sibuk bercuti,  korang boleh cuba untuk jalan jalan rentas negeri naik kereta api.

  1. ‘The Jungle Train’  merupakan sebuah kereta api yang lengkap dengan tempat tidur (sleeper train). Kereta api dari Kelantan ke Johor ini mengambil masa 12 jam untuk smpai ke destinasi.

 

  1. Kereta api ini terbahagi kepada 3 bahagian, 1st class, 2nd class dengan sleeper bed dan 3rd class is kerusi ekonomi.

 

  1. Train dari Kelantan ke Pahang sahaja yang mempunyai sleeper bed.

 

  1. Mudah je kalau nak naik Jungle Train’, boleh naik ETS dari KL Sentral ke Stesen Gemas dan Negeri Sembilan dan tukar ke Kereta Api Pantai Timur. Ataupun naik bus dari TBS ke Kuala Lipis atau Keluang dan kemudian tukar ke kereta api tersebut.

 

Yang paling best kalau naik kereta api ni, adalah pemandangan dia yang bertukar tukar sepanjang perjalanan. Kalau korang sukakan adventurous, boleh plan untuk naik The Jungle Train’.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah