Tradisi Unik, Lahirnya Anak Perempuan Akan Ditanam 111 Pokok

tradisi unik, lahirnya anak perempuan akan ditanam 111 pokok

Satu kaum dari perkampungan kecil Piplantri mempunyai tradisi yang sangat unik. Setiap kali salah seorang ahli kaum itu meliharikan seorang anak perempuan, maka kaum mereka akan menanam 111 pokok.

Menurut laporan Brightside, tradisi tersebut sebenarnya diasaskan oleh bekas ketua kampung itu sendiri pada tahun 2006.

Ia dimulakan apabila anak perempuan ketua kampung itu meninggal dunia dan beliau telah menanam sebatang pokok di kampung tersebut.

Tradisi turun-temurun itu telah menjadikan kampung tersebut penuh dengan pokok dan menghijau. Sehingga kini juga kampung itu mempunyai lebih 350 pokok seperti pokok kelapa, pokok lidah buaya.

Apa yang menariknya adalah pokok-pokok itu akan digunakan untuk memberi manfaat kepada penduduk kampung serta menjana pendapatan mereka.

Sumber: Sinar Harian