Tonton Footage Helikopter Yang Mendarat Di Mars

Kurang dari 24 jam lalu, Makmal Jet Propulsion NASA memuat naik satu video yang menampakkan sebuah kecil helikopter mendarat di planet Mars.

tonton footage helikopter yang mendarat di mars

Sejak dimuat naik di Twitter, video tersebut telah ditonton lebih daripada 1 juta kali oleh warga Twitter!

 

 

Rata-ratanya, ramai warganet yang menzahirkan keterujaan mereka terhadap pendaratan tersebut.

Difahamkan penerbangan tersebut pernah ditangguhkan berkali-kali akibat masalah yang melibatkan pemasangan semula perisian kawalan penerbangan.

Berikutan itu, jurutera NASA gembira dengan kejayaan yang diperoleh menerusi ujian penerbangan pertama itu.

 

Sumber: [1]