Tokyo Laksana Perintah Darurat Fasa Ke-4 Hingga Tamat Temasya Olimpik

Ibu negara Jepun, Tokyo kini diletakkan dalam fasa keempat perintah darurat susulan penularan COVID-19.

tokyo laksana perintah darurat fasa ke-4 hingga tamat temasya olimpik

Langkah tersebut diumumkan kerajaan Jepun pada minggu lalu bagi membendung penularan baru yang menyumbang kepada lonjakan kes hari.

Menerusi fasa kali ini, restoran tidak dibenarkan menjual alkohol dan operasi restoran serta pusat beli belah hanya dibenarkan untuk dibuka hingga jam 8 malam.

Perintah darurat itu bakal berkuat kuasa 22 Ogos ini hingga tamatnya temasya Sukan Olimpik Tokyo.

Sementara itu, penganjur temasya antarabangsa itu turut menetapkan bahawa, acara suka yang diadakan di Tokyo berserta tiga lain wilayah lain iaitu Chiba, Kanagawa dan Saitama akan dijalankan tanpa kehadiran penonton.

Ia termasuklah acara pembukaan dan penutup yang bakal diadakan di Stadium Nasional Jepun yang terletak di Tokyo.

Bagaimanapun, acara sukan yang diadakan di Miyagi, Ibaraki dan Shizuoka akan membenarkan penonton hadir.

 

Sumber: [1]