Tokyo Catat Jangkitan COVID-19 Lebih Dari 20,000 Kes Sehari Untuk Kali Pertama

Bandaraya Jepun iaitu Tokyo mencatatkan lebih 20,000 kes untuk kali pertama pada Rabu lalu sekali gus menafikan jangkaan bahawa kemuncak gelombang Omicron di Jepun mula melemah.

tokyo catat jangkitan covid-19 lebih dari 20,000 kes sehari untuk kali pertama

Kes di seluruh negara itu mencapai rekod 91,760 kes sementara 18 daerah kini melaporkan jumlah tertinggi sejak pandemik bermula.

Tokyo mencatatkan sebanyak 21,756 kes baru melebihi rekod sebelumnya iaitu 17,631 pada Jumaat.

Dalam pada itu, kadar penggunaan katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 melonjak kepada 51.4 peratus.

Sebelum ini, pihak berkuasa pernah berkata bahawa perintah darurat akan dikuatkuasakan jika kadar tersebut mencecah 50 peratus.

Namun kini, langkah seterusnya bergantung pada jumlah kes serius dan faktor-faktor lain.

Ibu negara Jepun dan banyak wilayah lain kini dalam pemantauan dan kawalan untuk menghindar penularan virus.

 

Sumber: [1]