Kita sering mengeluh dengan masalah muka berminyak tetapi ia adalah untuk melindungi kulit muka daripada terlalu kering. Tapi kalau dah berlebihan boleh mendatangkan masalah pula. Masalah kulit berminyak disebabkan ia dihasilkan melebihi apa yang diperlukan dan ini menyebabkan liang pori tersumbat maka jerawat akan timbul. Jangan risau koang boleh try tips ini.
Minum banyak air masak
Minum banyak air boleh menyingkirkan toksin dalam badan yang membawa punca pegeluaran minyak berlebihan dan pertumbuhan jerawat pada muka. Jangan stress, kerana ia juga menjadi punca penghasilan toksin pada kulit.
Cuci muka pada waktu siang dan malam
Dinasihatkan cuci muka selepas bangun tidur dan sebelum tidur ia adalah untuk menstabilkan pengeluaran minyak semula jadi pada muka.
Elak pakai moisturizer yang mengandungi petroleum
Petroleum memang sangat berbaik untuk kulit yang kering tetapi bukan untuk kulit yang berminyak. Check’ dulu info produk sebelum membeli.
Jaga pemakanan
Makanan yang tinggi dengan lemak, gula dan garam membantu pengeluaran minyak muka yang lebih banyak. Hadkan pemakanan yang sebegini.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: siraplimau