Tips Nak Buang Lumpur Daripada Perut Kerang

tips nak buang lumpur daripada perut kerang

Kerang yang dibeli dari pasar masih mempunyai lumpur and pasir dalam perutnya. Secara tak langsung kerang yang dimasak, perutnya akan terbuka, so korang bayangkan masih terdapat lumpur di dalam. Tapi bukan mudah juga untuk kopek kerangyang baru dibeli. Memang sukae nak dibuka dan jenuh nak kena kopek satu per satu. Jangan risau, tips ini sangat membantu. Jom baca lagi!

Mula-mula cuci kerang and bilas dengan air, kemudian rendamkan kerang bersama garam dan cili kering selama 30 minit. Korang akan nampak kerang-kerang itu memuntahkan lumpur lumpur dari perutnya.

Pastikan kerang yang korang beli itu masih segar (masih hidup), kalau beli yang tak segar (mati)  tak boleh buat apa la, kerang yang mati tak boleh nak muntahkan lumpur. Korang akan nampak isi kerang menjadi bersih dan yang paling penting kita taklah makan lumpur.

Dikatakan petua ini boleh digunakan ke atas siput sedut. Sama juga hasilnya, siput akan keluarkan lumpur dari perutnya dan kelihatan air yang jernih menjadi keruh. Korang juga boleh bubuh parut kelapa pada siput dan biarkan selama 30 minit. Siput sedut akan memakannya sambil membersihkan diri nya.

Penting sebenarnya petua petua ini, ia memudahkan kehidupan harian kita. Selamat mencuba guys!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita