Tips Bersihkan Bekas Makanan Dengan Betul!

tips bersihkan bekas makanan dengan betul!

Tupperware atau bekas makanan sering menjadi sesuatu yang sukar untuk dibersihkan kerana sisa makanan atau minyak akan melekat pada permukaannya. Walaupun bekas makanan seperti Tupperware memiliki ketahanan dan jangka hayat yang panjang tetapi tetap harus berhati-hati dalam penggunaannya. Ikuti tips untuk kebersihan Tupperware anda.

  1. Cuci bekas dengan menggunakan span yang lembut supaya semua permukaan dapat dibersihkan. Kalau korang pakai sabut atau span yang keras, permukaan bekas akan tercalar dan lagi menerukkan keadaan.

 

  1. Rendam bekas dengan air yang panas dan dicampurkan dengan sedikit sabun pencuci pinggan. Ini adalah untuk menaggalkan kesan minyak yang degil pada permukaan. Tapi disarankan untuk jangan rendam terlalu lama.

 

  1. Dikatakan penggunaan bahan alami seperti baking soda, cuka, lemon dan garam dapat menanggalkan kesan kotoran pada bekas dengan mudah dan selamat tanpa sebarang bahan kimia. Cara ini adalah yang terbaik.

 

  1. Sekali sekala bekas ini harus dijemur dibawah cahaya matahari yang terik ataupun lap bekas dengan kain microfiber selepas dicuci.

 

Harap tips ini dapat memberi banyak manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: idntimes