Tips Baiki Leher T-Shirt Yang Kembang!

tips baiki leher t-shirt yang kembang!

Kebiasaannya kalau t-shirt dipakai berulang kali ataupun sudah lama, bahagian lehernya pasti akan kembang. So bila dah kembang mesti dah tak nak pakai lagi dan terus buang. Korang tahu tak sebenarnya boleh baiki bahagian leher t-shirt yang kembang tu dengan cara yang mudah. Jom baca lebih lanjut.

Sediakan satu mangkuk kuib ais yang telah diisi ke dalam air sejuk, seterika dan meja atau permukaan yang rata untuk meletakkan t-shirt. Pelbagai cara yang anda boleh lakukan.

Cara pertama

Lipat leher t-shirt seperti bentuk kipas dan rendamkan bahagian ini ke dalam mangkuk yang berisi kuib ais.

Cara kedua

Basahkan sedikit bahagian leher t-shirt. Kemudian letakkan t-shirt di atas permukaan yang rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya dengan jari secara menegak.

Cara ketiga

Seterika bahagian leher t-shirt menghala ke arah atas. Pastikan bahagian leher t-shirt itu sedikit lembab (perlu seterika t-shirt yang masih dalam keadaan lembab).

Cara keempat

Basahkan sedikit bahagian leher sihirt. Letakkan t-shirt pada permukaan rata dan biarkan sehingga kering dengan sendirinya.

Harap article ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah. Cara cara ni berkesan untuk leher t-shirt yang kembang, jadi selamatkan baju baju anda dari terus dibuang. Selamat mencuba gais!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: siraplimau