Tiga Tahun Bercinta Dengan 'Girlfriend', Lelaki Di China Terkejut Rupanya Wanita Itu Mak Cik Sendiri

Seorang lelaki dari Hangzhou, China bercinta dengan seorang wanita yang dikenalinya menerusi satu aplikasi dalam talian selama tiga tahun hanya untuk mendapat tahu bahawa wanita terbabit ialah ibu saudara yang tinggal bersamanya.

Sepanjang tempoh tiga tahun hubungan itu, lelaki tersebut mendakwa bahawa mereka tidak pernah berjumpa atas alasan pendidikan keluarga yang tegas selain halangan ibu bapa.

Lelaki terbabit bagaimanapun kemudian menjemput ibu saudaranya untuk tinggal bersamanya kononnya bagi memantau sikapnya selain menjaga wanita itu.

Selama tiga tahun lelaki tersebut tinggal sebumbung bersama ibu saudaranya sendiri, selama tempoh itu juga dia tidak pernah berjumpa dengan kekasih dalam taliannya itu.

Lelaki terbabit bagaimanapun mengaku yang dia merancang untuk berkahwin dengan wanita walaupun mereka tidak berjumpa, selain turut menghantar wang sejumlah 100,000 yuan (RM64,253) sepanjang mereka bercinta.

Namun, sekitar 20 Ogos lalu, lelaki tersebut akhirnya mendapat tahu bahawa wanita itu sebenarnya ialah ibu saudaranya sendiri selepas membantu memperbaiki telefon bimbit wanita itu yang mana dia kemudian terus melakukan laporan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

 

Sumber: [1]