Tiga Sekawan Tular Kerana Mirip Trio Komedi Legenda Indonesia

Baru-baru ini, tular di komuniti media sosial negara seberang mengenai tiga sekawan yang menyerupai trio komedi legenda dari Jakarta, iaitu Warkop.

tiga sekawan tular kerana mirip trio komedi legenda indonesia

Penampilan ketiga-tiga lelaki ini benar-benar membuatkan ramai warganet berasa teruja melihat keirasan mereka.

Dengan gaya pakaian yang diinspirasikan dari tahun 80-an, kesemua mereka dianggap begitu serupa dengan anggota Warkop, yang bernama Dono, Kasino dan Indro, ia membuatkan orang ramai mengatakan bahawa mereka seolah-olahnya jelmaan semula tiga tokoh legenda Indonesia itu.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok milik @krisnandialfin, kelihatan tiga lelaki dilihat berjalan memakai topeng, namun mereka kemudian membuka topeng tersebut untuk mendedahkan wajah mereka, yang mana kesemua mereka begitu kelihatan serupa seperti trio komedi legenda, Warkop.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga lelaki tersebut bernama Sepriadi Chaniago, Alfred dan Alfin Dwi Krisnandi. Sepriadi dianggap begitu mirip dengan Dono, Alfred pula serupa dengan Kasino sementara Alfin pula dianggap serupa dengan Indro.

Aksi bersahaja itu kemudian menjadi tular di media sosial sehingga terdapat ramai warganet yang meminta mereka untuk melakonkan kembali tingkah laku lucu oleh Dono, Kasino dan Indro.

 

Sumber: [1]