Tiga Juta Kopi Americano Khas Buat Mereka Yang Telah Divaksinasi!

Bersempena dengan Bulan Kopi Antarabangsa, McDonald’s Malaysia telah menawarkan tiga juta kopi Americano kepada mereka yang telah divaksinasi.

tiga juta kopi americano khas buat mereka yang telah divaksinasi!

Selain itu juga, McDonald’s Malaysia juga memperkenalkan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara yang boleh didapati sempena Bulan Kopi Antarabangsa, Oktober ini.

tiga juta kopi americano khas buat mereka yang telah divaksinasi!

Baucar untuk McCafé Americano diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara, mulai pertengahan September 2021. Minuman tersebut boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald’s sehingga 31 Disember 2021. Sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia untuk terus manjalani kehidupan dan menikmati kopi kegemaran mereka, cawan McCafé dengan mesej semangat #KitaBoleh boleh didapati sempena Bulan Kopi Antarabangsa, Oktober ini.

 

Untuk terus memberikan keseronokan kepada rakyat Malaysia, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.

 

Selain pemberian baucar dan promosi naik taraf ke McCafé Iced Latte dengan bayaran RM1, McDonald’s Malaysia juga menawarkan promosi McCafé tambahan di aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Oktober, termasuklah RM1.99 untuk Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50% untuk minuman-minuman terpilih McCafé dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.

tiga juta kopi americano khas buat mereka yang telah divaksinasi!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang bulan Oktober, layari www.mcdonalds.com.my/promotion atau ke aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store.