Selalu kita berkenalan dengan hantu Malaysia ja. So, kali ni kami nak memperkenalkan tiga jenis hantu dari Thailand. Haaa Thailand kan terkenal dengan benda-benda menyeramkan ni. So ini, 3 hantu dari Thailand.
1. Mae Nak
Mae Nak dikatakan seorang wanita cantik dan sedang mengandung. Semuanya berada dalam keadaan baik sehinggalah suaminya pergi berperang. Ketika suaminya di medan perjuangan, Mae dan bayinya telah meninggal dunia. Selepas suaminya pulang, dia diberitahu bahawa Mae Nak telah bertukar menjadi hantu. Suaminya juga percaya akan kejadian itu kerana dia pernah ternampak susuk tubuh Mae Nak mencakarnya untuk mendapatkan sesuatu.
2. Krasue
Krasue hantu lagenda mengenai seorang wanita cantik yang telah dibakar hingga mati. Lebih menyedihkan Krasue telah disumpah untuk sentiasa lapar. Jadi, setiap malam dia akan mencari mangsa untuk menyedut darah. Waktu siang Krasue akan kelihatan seperti wanita normal tetapi pada waktu malam dia akan tampil dengan sangat menyeramkan. Kepalanya terapung-apung di udara. Lebih kurang langsuir je ni.
3. Phi Am
Hantu ni dikatakan suka bertenggek atas dada orang ketika waktu tidur. Kesannya, seseorang itu akan mengalami kesusahan untuk bernafas waktu tidur sehingga boleh membawa kematian. Hantu Phi Am tak menyerang wanita. Tapi cara nak melawan hantu ni mudah je, korang kena pakai lipstick untuk kelirukan hantu Phi Am ni. Hah?
Sumber: The Culture Trip