Tidur Sebenarnya Boleh Pengaruh Gaya Seseorang Itu Berjalan

Tahukah korang yang tidur bukan saja dapat menentukan kesihatan dan mood seharian, ia juga malahan mampu mempengaruhi cara kita berjalan untuk hari seterusnya?

tidur sebenarnya boleh pengaruh gaya seseorang itu berjalan

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports, individu yang tidak mempunyai waktu tidur mencukupi akan mengalami kesukaran untuk berjalan dengan betul.

Mungkin ada antara kita yang menganggap bahawa aktiviti berjalan itu merupakan satu proses automatik yang digerakkan tubuh badan kita.

Tetapi, ternyata ia sebenarnya berkait rapat dengan corak tidur kita sendiri!

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan di Universiti Sao Paulo, pelajar yang tidak mendapat waktu tidur sepatutnya akan mengalami kesukaran berjalan di atas mesin treadmill.

Apabila mereka dikehendaki melangkah dengan berpandukan rentak metronom (alat pengukur tempo), mereka didapati berjalan tidak mengikut rentak ditetapkan atau dalam erti kata lain, tidak dapat mengikut tempo yang tepat.

Bagaimanapun, pelajar yang cuba menambah waktu tidur dengan menangguhkan waktu tidur difahamkan menunjukkan prestasi lebih baik dalam kajian terbabit.

Namun, teknik itu tidak digalakkan pakar kesihatan kerana menurut mereka, mengubah waktu tidur dan bangun tidur hingga 90 minit boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit jantung.

“Konsep berjalan hanya sebagai proses automatik bukanlah cerita yang lengkap,” kata pengarang kajian Hermano Krebs.

“Terdapat banyak pengaruh yang datang dari otak.”

Kajian sama juga mengulangi keperluan untuk tidur yang mencukupi terutamanya dalam kalangan mereka yang bekerja syif malam yang mana perubahan kepada berjalan dan pergerakan boleh menyebabkan bahaya.

 

Sumber: [1]