Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru Hari Ini

Bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19, tiada sebarang permit sambutan tahun baru diluluskan di seluruh negara pada hari ini.

tiada sambutan ambang tahun baru hari ini

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.

Lanjut beliau, pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara diarah untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan bagi memastikan tiada orang ramai berkumpul dan melakukan aktiviti yang melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara.

“Saya mengingatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam menjelang tahun baru esok di mana-mana lokasi tumpuan ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata tiada sebarang pertunjukan bunga api akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan juga pusat beli-belah Pavilion di ibu kota.

Pihaknya juga akan melakukan rondaan keselamatan di lokasi-lokasi tumpuan ramai bagi mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di sesuatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

 

Sumber: [1]