United Kingdom melaksanakan fasa baru dalam strategi pandemiknya.
Bermula 11 Februari ini, negara itu tidak lagi mewajibkan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin bagi pengembara lengkap vaksin yang tiba.
Jelas Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, langkah tersebut membolehkan perjalanan menjadi lebih murah dan mudah selain memberi satu ketentuan buat sektor pelancongan dan penerbangan.
Pada saat ini, pengembara yang tiba di UK perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh dua hari manakala mereka yang tidak divaksin perlu dikuarantin 10 hari serta menjalani beberapa ujian sebelum dan selepas ketibaan.
Kuarantin bagi mereka yang tidak divaksin juga akan dihapuskan.
Golongan itu bagaimanapun dikehendaki menjalani ujian PCR sebelum dan selepas ketibaan di UK.
Selain itu, UK juga akan mula mengiktiraf vaksin dari 16 negara lain termasuk China dan Mexico.
UK merupakan antara negara Eropah paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan rekod kematian yang menghampiri 154,000.
Sumber: [1]