Tiada lagi rambut panjang!
Bintang Running Man iaitu Song Jihyo memberi kejutan kepada orang ramai dengan mempamerkan gaya rambut barunya iaitu rambut pendek!
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram pada 13 November lalu, Jihyo mempamerkan fotonya dari belakang yang menampakkan gaya rambut baru itu.
Coretnya, “Ini ialah potongan pendek.”
Dalam entri lain, tambahnya lagi, “Ia kelihatan tampan hehehehehe.”
Tetapi ternyata, penampilan tersebut tidak hanya mengejutkan para peminat tetapi juga bintang bersama Running Man, HaHa apabila dia meninggalkan komen dengan mengatakan, “Apa ini!!???”
Apa pendapat korang tentang gaya rambut baru Jihyo?
Hensem tak?!
Sumber: [1]