Tiada Lagi Lagu Baru, Coldplay Bakal Berhenti Buat Muzik Bermula 2025

Kumpulan British, Coldplay dilaporkan akan berhenti merakam muzik bermula 2025.

tiada lagi lagu baru, coldplay bakal berhenti buat muzik bermula 2025

Berita tersebut diumumkan sendiri oleh vokalis Chris Martin ketika menjadi tetamu dalam rancangan radio BBC baru-baru ini.

“Rekod terakhir kami yang betul akan keluar pada 2025, dan selepas itu saya fikir kami hanya akan mengadakan jelajah,” katanya.

“Dan mungkin kami akan melakukan beberapa perkara secara kolaboratif tetapi katalog Coldplay, seolah-olah, sudah selesai menjelang waktu tersebut,” tambahnya.

Terdahulu, ketika melancarkan album studio kesembilan Coldplay, Music of the Spheres, Chris turut menyuarakan perkara sama yang mana kongsinya, kumpulan itu berhasrat untuk membuat 12 album sebelum berhenti.

Bagaimanapun, pengumuman baru-baru ini merupakan kali pertama vokalis kumpulan itu mendedahkan tahun mereka bakal berbuat demikian.

Sepanjang karier mereka, Coldplay telah memenangi sembilan Anugerah Brit, tujuh Anugerah Muzik Video MTV, lapan Anugerah Muzik Eropah MTV dan tujuh Anugerah Grammy.

 

Sumber: [1]