Tiada Lagi Kucing ‘Penjaga’ Hagia Sophia, Gli!

tiada lagi kucing ‘penjaga’ hagia sophia, gli!

Siapa pernah melawat Hagia Sophia di Istanbul, Turki mesti akan diperkenalkan dengan seekor kucing yang bernama Gli. Kucing ni antara kucing yang famous dekat sana.

Menurut laporan TRT World, Gli telah dilaporkan mati pada 24 September lalu. Gli disahkan mati pada usianya 16 tahun. Berita ini juga telah disampaikan oleh Ali Yerlikaya, ketua bandar Turkis melalui laman Twitternya.

“Gli, kucing Hagia Sophia telah dirawat di sebuah klinik haiwan semenjak 24 September lalu. Malangnya, Gli telah mati atas faktor usianya yang sudah tua” Tulisnya Ali.

Ali juga merakamkan rasa sedih dan menyatakan bahawa Gli akan sentiasa diingati. Weh, sedihnya!

Sumber: TRT World