Tiada Lagi Kanye West, Tukar Nama Secara Rasmi Kepada Ye

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West kini secara rasmi telah menukar namanya dari Kanye Omari West kepada Ye.

tiada lagi kanye west, tukar nama secara rasmi kepada ye

Kata hakim mahkamah Los Angeles, iaitu Michelle Williams, “Jika tiada bantahan, permohonan untuk menukar nama diluluskan.

Terdahulu, Kanye memfailkan permohonan tersebut pada 24 Ogos lalu atas alasan peribadi.

Sejak beberapa tahun lalu, Kanye telah menggunakan nama Ye di semua akaun media sosial miliknya.

Dia juga pernah meluahkan hasrat untuk menukar nama kepada Ye dalam satu entri di Twitter yang dimuat naik sekitar 2018, yang mana nama tersebut turut menjadi tajuk kepada albumnya yang dikeluarkan pada tahun sama.

 

Sumber: [1]