Throwback Gambar Dengan Lin Dan Lagi, Caption Kelakar Tulisan Lee Chong Wei Menggeletek Netizen

throwback gambar dengan lin dan lagi, caption kelakar tulisan lee chong wei menggeletek netizen

Sabtu lalu, pemain badminton dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan telah mengumumkan bahawa beliau akan menggantung raket.

Semenjak daripada itu, banyak portal-portal antarabangsa melaporkan perkara tersebut. Tidak mahu ketinggalan, pemain badminton negara kita, Datuk Wira Lee Chong Wei turut menulis kata-kata penghargaan buat lawannya di dalam gelanggang itu.

Bagaimanapun, semalam sekali lagi, Lee Chong Wei telah memuat naik sekeping gambar throwback bersama Lin Dan.

Tapi apa yang menarik perhatian adalah caption yang ditulis oleh Lee Chong Wei. Walaupun ringkas namun ramai yang terhibur dengan tulisan beliau.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

 

Tak sangka Lee Chong Wei seorang yang kelakar kan?

Sumber: Instagram Lee Chong Wei