Thailand Rekod Lebih 5000 Kes Omicron

Thailand merekodkan kira-kira 5,397 kes varian Omicron di 71 daripada 77 wilayahnya.

thailand rekod lebih 5000 kes omicron

Menurut Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Watcharasin, sejak 1 November lalu, varian Omicron sahaja telah menyumbang 35.17 peratus terhadap kes baharu COVID-19.

Tambahnya, Bangkok mendahului senarai 1,820 kes Omicron diikuti Chonburi 521 kes dan Phuket 288 kes.

“Varian Delta masih merupakan strain COVID-19 yang dominan di Thailand, menyumbang 64.71 peratus manakala Alpha dan Beta masing-masing menyumbang 0.01 peratus dan 0.03 peratus,” katanya.

Menurut data Jabatan Kawalan Penyakit, varian Omicron merupakan varian COVID-19 yang dominan dalam seminggu antara 2 hingga 8 Januari menyumbang 70.3 peratus kes baru sementara Delta menyumbang 29.7 peratus dalam tempoh yang sama.

 

Sumber: [1]