Thailand Rancang Lakukan Ujian 'Detect' COVID-19 Di Semua Pasar Basah

Kementerian Kesihatan Awam Thailand bercadang untuk melaksanakan pengesanan kes COVID-19 di kesemua pasar segar yang berpusat di Bangkok dan kawasan lain yang disebut sebagai ‘zon merah gelap’.

thailand rancang lakukan ujian 'detect' covid-19 di semua pasar basah

Menurut timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul, sebanyak 132 pasar di 23 wilayah merekodkan 14,678 kes jangkitan dari 1 April hingga 10 Ogos berdasarkan data yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Awam.

Tambahnya, pengesanan kes aktif itu akan dilakukan di semua pasar segar serta kawasan penempatan di Bangkok dan 28 wilayah lain melibatkan lebih 200,000 penduduk.

“Sebanyak 850,000 kit ujian antigen COVID-19 akan digunakan dalam program pengesanan itu, dan kemungkinan mengambil masa sebulan,” jelasnya.

Isnin lalu, Thailand mencatatkan 17,491 kes baru COVID-19 serta 242 kematian, menjadikan jumlah kes terkini di negara tersebut mencecah lebih 1 juta kes dan lebih 9 ribu kematian.

 

Sumber: [1]