Kementerian Kesihatan Awam Thailand merancang untuk menangani COVID-19 sebagai penyakit endemik tahun ini walaupun usaha menentang gelombang kelima jangkitan COVID-19 di negara terbabit masih berterusan.
Menurut Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Natapanu Nopaku, pihak berkuasa Kesihatan Awam mengumumkan rancangan mereka untuk menguruskan pandemik COVID-19 dengan berkesan ketiga negara itu memasuki tahun ketiga dalam menentang COVID-19.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong menjelaskan bahawa COVID-19 hanya boleh menjadi endemik apabila virus terbabit kurang teruk dan terkawal dengan adanya kadar vaksinasi tinggi.
“Kami menjangkakan penyakit itu akan menjadi endemik tahun ini. Bukanlah dalam waktu terdekat. Kami akan menganggap COVID-19 sebagai endemik apabila ia boleh dikawal dan kadar kematian adalah rendah.
“Kami melancarkan kesedaran awam agar orang ramai faham bagaimanapun untuk hidup dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik,” katanya.
Lanjut beliau, negara-negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat turut menjangkakan COVID-19 untuk beralih menjadi endemik.
Selasa lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya tidak menganggap COVID-19 sebagai endemik berbanding pandemik berikutan penyebaran varian Omicron yang masih belum stabil akibat ia begitu mudah menular.
Sumber: [1]