Betul-Betul Next Level! Thailand Perkenal Influencer AI Pertama, AI Ailynn

Thailand membawa gerangan influencer ke ‘next level’ apabila mereka memperkenalkan figura AI, Ailynn yang merupakan karakter dunia fiksyen sebagai agen influencer maya.

betul-betul next level! thailand perkenal influencer ai pertama, ai ailynn

AI Ailynn, merupakan influencer kecerdasan buatan pertama negara itu yang direka untuk berbual dengan pengguna, bergaya untuk gambar dan mempengaruhi orang untuk membeli sesuatu.

Ia digambarkan sebagai satu karakter yang berusia 21 tahun dengan ketinggian 165 cm dan berperwatakan ‘ekstrovert’. Selain itu, ia juga merupakan seorang yang pintar dan penuh keyakinan serta berdarah jenis AB.

Kemunculan AI Ailynn bakal menyertai trend global iaitu pemasaran influencer, serupa dengan influncer maya yang paling terkenal di dunia iaitu Lu Do Magalu, dengan lebih 5.5 juta pengikut di Instagram dan 4.2 juta pengikut di TikTok.

 

Sumber: [1]